ONEXOX
BannerFans.com

Khalid Abu Bakar bukan maksum hingga tak boleh dikritik – Lim Guan Eng

on Tuesday, September 2, 2014

GEORGE TOWN, 2 SEPTEMBER: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) tidak bersikap sombong dan sedar bahawa beliau hanya penjawat awam yang dibayar rakyat untuk melaksana kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

“Khalid perlu ketepikan sikap sombong dan sedar beliau bukan maksum atau ‘lembu suci’ yang tidak boleh dikritik.

“Beliau tidak boleh menyalahguna undang-undang jenayah bagi mengelak kritikan terhadap dirinya, malah bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng merujuk tindakan Khalid mengarahkan anggotanya meneruskan siasatan terhadap dua pengguna laman Twitter yang dikatakan menghina Khalid dan polis berhubung tangkapan keatas anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) baru-baru ini.

Kedua-dua pengguna twitter itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948, biarpun salah seorang darinya Viktor Wong telah menyatakan permohonan maaf.

Viktor pada 31 Ogos lalu dalam Twitternya telah menulis ‘Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia’.

Seorang lagi individu yang menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar juga akan tetap dikenakan tindakan walaupun telah memadamkan kiriman kritikan tersebut.

Tambah Guan Eng, sekiranya Khalid berusaha membanteras jenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat.

“Dengan menggunakan undang-undang jenayah untuk menentang musuh, ia ternyata akan meletakkan pengkritiknya dalam kedudukan tidak adil.,” ujar Guan Eng.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved