ONEXOX
BannerFans.com

Gambar Anzalna Nasir Tanpa Mekap Sangat Cun

on Wednesday, October 22, 2014



Pelakon terkenal, Anzalna Nasir mengakui kulitnya agak sensitif dan sangat mudah ditumbuhi jerawat. Oleh itu, dia perlu kerap menjaga kulit wajahnya dengan mendisiplinkan diri dengan rutin hariannya.

“Saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam menjaga kecantikan tetapi apabila terlalu kerap mengenakan mekap untuk lakonan dan menghadiri majlis tertentu, saya perlu lebih menjaga kulit agar sentiasa bersih.

“Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan. Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka.

Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah,” katanya lagi.

Bercerita pula mengenai makanan, dia tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alergik.

“Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling.

“Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg,” ujarnya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved