ONEXOX
BannerFans.com

Gambar-gambar tragis tragedi 4 sekeluarga maut kemalangan

on Friday, October 24, 2014



Kota Tinggi : Empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza maut dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Kampung Bukit Samsu di sini, pada jam 10.15 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah Penolong Pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bukit Easter, Ruhaizad Said, 48; isterinya, Aliza Osman, 45; anak bongsu lelaki, Muhammad Zaki, 13 dan ibu mentua Ruhaizad, Hainee Jamil, 70.






Kejadian berkenaan membabitkan tiga kereta termasuk milik Ruhaizad, Proton Satria Neo dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish.

Pemandu Satria Neo, Muhammar Mas Bakri, 21, mengalami kecederaan parah dan menjalani rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Empat sekeluarga itu dibedah siasat di HKT. Kesemua jenazah dijangka dikebumi di Kampung Makam Bendahara, Kota Tinggi selepas solat Isyak. Alfatihah

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved