ONEXOX
BannerFans.com

Akibat putus cinta wanita ini jadikan KFC rumah nya

on Friday, October 24, 2014



Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi yang pernah mengalami hingga boleh mendatangkan kemurungan berhari-hari lamanya.

Ini yang dirasai oleh seorang wanita dari Chengdu, China dengan mengambil keputusan ‘pelik’ untuk tinggal di sebuah restoran terkenal segera, KFC selama seminggu selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya.

Tan Shen, 26, yang berada dalam keadaan murung selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya keluar untuk mencari makanan bagi mengubati kesedihannya.





Dek kerana memerlukan ‘masa untuk berfikir’ akan kehidupannya, wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tinggal di KFC.

Kata Tan, dia tidak mahu pulang ke rumahnya gara-gara rumah itu penuh dengan kenangan dan memori manis bersama bekas teman lelakinya itu.

Seorang pekerja KFC, Jiang Li Lung, 22 yang perasaan kehadiran wanita di premis makanan 24 jam ini sempat menyoal sama ada Tan memerlukan sebarang bantuan. Namun Tan hanya menjawab dia perlukan masa dan akan memesan ayam dan kentang goreng setiap hari.

Akhirnya Tan yang bosan memakan ayam setiap hari selama seminggu membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan segera berjumpa ibu bapanya.

Nampaknya Tan berusaha melupakan kesedihannya, baguslah Tan usah dikenang-kenang lagi yer !

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved