Ezam Mohd Nor yang kini orang kuat Najib terasa dengan kenyataan-kenyataan lawak [baca bodoh] Menteri dalam menjawab sesuatu isu. Kini Ezam berpesan kepada Menteri-menteri yang berkaitan supaya hentikan berlawak kerana pemikiran rakyat yang lebih matang dan perlu kepada penjelasan komkrit terhadap sesuatu isu.
Menteri-menteri Malaysia perlu bersiap sedia untuk mengubah cara pemikiran dan tindakan mereka selaras dengan tahap kemajuan negara kini yang menuju ke arah negara maju, kata Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor.
Ezam berkata, perubahan itu penting kerana pemikiran rakyat kini sudah berubah dan sebab itulah menteri perlu melakukan satu anjakan paradigma selaras dengan perubahan yang berlaku kini.
“Negara maju menteri pun juga perlu maju… dari segi pemikiran, dari segi pembacaan, memberi nasihat .
“Rakyat kini kian kritikal, jadi saya harap menteri ada perubahan selaras dengan tahap kemajuan sekarang.
“Saya memang nampak ada masalah itu,yang paling ketara kita nampak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke hadapan tetapi yang lain ada sedikit yang tertinggal,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Ezam berkata sedemikan bagi mengulas isu mengenai penerangan menteri terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara yang mana terdapat segelintir menteri yang memberi penerangan kadang kala tidak ‘masuk akal’ dan sukar difahami oleh rakyat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment