ONEXOX
BannerFans.com

ISU VIDEO LUCAH: UAI ENGGAN TEMUI MEDIA

on Friday, October 24, 2014

KUALA TERENGGANU: Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) enggan mengulas berhubung isu gambar dan video lucah yang dikaitkan dengannya yang sedang tersebar di laman media sosial.

Malah petugas media di Terengganu yang menunggunya di Masjid Taqwa, Kuala Terengganu sejak jam 8 malam Khamis hampa apabila UAI enggan menemui mereka.

Portal berita MyMetro melaporkan UAI cuba mengelak daripada berjumpa petugas media dengan keluar melalui pintu belakang masjid lalu bergegas ke sebuah rumah seorang penduduk berdekatan sebaik selesai menunaikan solat Isyak.

Rumah itu pula dikatakan dikawal rapi oleh penyokong beliau, dan turut kelihatan anggota Unit Amal PAS Kawasan Batu 6, Kuala Terengganu, yang tidak membenarkan wartawan serta jurugambar masuk.

Malah, anggota Unit Amal PAS turut meminta petugas media beredar meninggalkan lokasi itu dan memaklumkan UAI enggan memberi sebarang komen.

Pengguna laman sosial gempar pada Khamis apabila sebuah video lucah mirip UAI tersebar secara meluas di laman sosial.

Sebelum itu, hanya beberapa gambar screenshot video itu dengan judul ‘Ustaz mu tunggu Video datang!’ dimuatnaik di blog ‘1cilipadi.blogspot.com’.

Bagaimanapun, gambar itu menjadi pertikaian pengguna media sosial dengan ramai yang merasakan ianya palsu dan hasil suntingan pihak bertanggungjawab sehinggalah klip video pula dimuatnaik pemilik blog itu.

Pembantu UAI, Zulkifli Wahab kemudiannya tampil dengan satu kenyataan media pada sebelah petang.

Menurut beliau penyebaran video itu jelas merupakan usaha terancang pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan bukan sahaja UAI, malahan juga golongan ulama di negara ini.

Zulkifli mendakwa ia perbuatan mereka yang tidak suka melihat masyarakat semakin mendekati majlis ilmu agama.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved