ONEXOX
BannerFans.com

Kisah Seorang Pemandu Jujur Di Parkir Hospital Tuanku Jaafar Seremban

on Sunday, October 12, 2014

Inilah sebuah kisah seorang awek jujur di parkir Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang boleh dijadikan teladan kepada semua... semoga kisah ini memberikan manfaat kepada semua.

“Orang jujur hanya ada di komik” – itu antara bait syair daripada sasterawan Iwan Fals.

Dalam kalangan masyarakat kita, tidak ramai awek mempunyai sifat jujur dan bertanggungjawab seperti mana ditunjukkan oleh seorang awek dalam kisah ini.




Menurut sumber, kejadian yang berlaku di parking Hospital Tuanku Jaafar Seremban ini telah menerima pelbagai pujian atas sifat mulia individu yang meninggalkan pesanan di bawah.

“Maap Encik, Saya terlanggar Alpat Encik sampai jatuh bumper. Call saya 013 ******* untuk urusan baik pulih. Mira Dani.”

Pesanan ini ditinggalkan kerana individu terbabit terlanggar sebuah kereta. Walaupun tanpa pengetahuan pemiliknya dia tetap jujur dan mahu bertanggung jawab.

Disebabkan sikap mulia ini, pemilik kereta yang dilanggar tersentuh hati lalu memaafkan perbuatan individu tersebut.

Komennya menerusi status Facebook:

“ Tak sanggup sey mintak gantirugi sobab awek yang langgar. Kok jantan memang sey mintak gantirugi. Pado awek yang langgar alpat sey maap an. Lenkali berhati hati bilo memandu ok. Yessss”.

Nampak tak? Sesungguhnya tak rugi jadi orang baik-baik ni.

Malah kalau pun manusia tak perasan perbuatan kita, Tuhan tahu segala-galanya dan pasti akan membalasnya dengan kebaikan jua.




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved