Hari ini, pukul 7 pg.. seperti biasa aku akan buka sangkar Putih untuk lepaskan dia bermain2.
Namun bukan Putih yg kelihatan, seekor ular sawa yang sudah kekenyangan dan terperangkap di dalam sangkar. Aku terduduk seketika, sambil air mata mengalir deras aku terus memanggil ibu dalam keadaan cemas.
Semua orang kelam kabut, aku hanya fikirkan.. Putih Putih Putih.......
:: Peranan Bomba ::
Aku yakin kebanyakkan masyarakat dan juga aku kadang terlupa peranan Bomba bukan hanya ketika Terbakar atau bencana.
Pada awalnya aku hanya fikir nak capai parang dan bunuh terus ular tersebut. Atas nasihat tunang, aku telefon Bomba.
Hanya 10 minit mereka ambil masa untuk sampai dan tanpa bertanya pelbagai soalan 'kenapa itu kenapa ini?' Mereka menjalankan peranan lalu hanya ucapan Takziah.. cukup memadai dan aku berterima kasih.
:: Nilai kemanusiaan ::
Jika Rasulullah berhenti solat hanya utk memindahkan kedudukan kucing yang berada di sejadahnya tanpa sedikit pun memarahi ia.
Jika sahabat nabi juga perawi hadis digelar Abu Hurairah kerana sayangnya pada kucing.
Jika seorang pelacur diampunkan dosanya hanya kerana memberi minum pada anjing yg sedang dahaga.
Nilai kemanusiaan itu meluas bukan hanya sayang dan belas pada sesama manusia.. tetapi pada seluruh makhluk Tuhan di muka bumi.
:: Patah tumbuh hilang berganti ::
:: Mengapa menangis pada matahari yg hilang kerana pelangi kan muncul ::
Pada sesuatu yang hidup dan telah kita sayangi.. apa mudah menggantikan untuk menyamakan pada sesuatu yg terdahulu?
Putih.. kamu telah pun berumur 8 bulan. Si 'gadis' yg amat comel, sentiasa membuatkan kami terhibur dengan telatah kamu. Maafkan diri ini andai tidak menjagamu dengan cukup sempurna.
InsyaAllah, hanya dengan IzinNya.. kita bertemu lagi di akhirat kelak.
Aku redha segala ketentuan.. aku bersedih atas haiwan yg aku sayangi.. dan aku redha akan ular tersebut, ku faham rantaian hidupmu.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah S.A.W. berkata: "Orang yang penyayang akan di sayangi Allah, sayangilah makhluk Allah yang ada di bumi, maka niscaya engkau akan di sayangi para penghuni langit".
Hamba Allah yang memiliki hati yang penyayang terhadap sesama manusia, termasuk juga kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan, maka itu menunjukkan kesucian hati dan kedalaman iman mereka kepada Sang Pencipta, kerana percaya bahwa Allah S.W.T. menciptakan haiwan dan tumbuhan...tentu untuk melengkapi kesempurnaan hidup di dunia ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment