ONEXOX
BannerFans.com

Mat Rempit Motosikal Berkuasa Tinggi?

on Tuesday, October 21, 2014



Saya agak terkilan dengan laporan wartawan bernama Zulkifli Jalil yang meletakkan tajuk: "mat Rempit motorsikal kuasa tinggi". Kalau ya pun, jagalah hati keluarga si mati dan kawan-kawannya. Apatah lagi gambaran berita yang diberikan itu adalah tidak tepat seolah-olah arwah si penunggang kaki lumba apabila digambarkan sebagai 'mat rempit'. Walhal punca kemalangan adalah lori yang melintang. Yang terbabit kemalangan bukan sahaja motor tetapi kereta juga terbabit dalam perlanggaran. Walau saya tidak mengenali mereka, tetapi saya turut rasa terkilan dengan perkataan 'mat rempit' yang digunakan oleh wartawan tersebut sebagai tajuk artikel.

Mengikut laporan, punca kemalangan adalah lori yang melintang. Si mati sedang menunggu di lorong tengah dan datang motor dari belakang tak sempat brek sebab di situ adalah puncak yang tak nampak jarak di depan. Saya yakin, kalau lari 80 pun tak sempat brek kecuali kalau motor tu ada 4 brek disc dan ada brek enjin. Buktinya, kereta yang datang selepas itu melanggar penunggang motor dan menyebabkan kematian. Maka bukan motor sahaja yang salah. Saya berada di lorong sebelah sejurus kejadian dan saya faham bentuk muka bumi jalan yang menyebabkan kemalangan. Ini buan soal rempit atau tidak, tetapi ia soal kemampuan kenderaan yang anda tunggangi mampu membrek pada jarak dekat atau tidak. Jangan terus hukum sebagai 'mat rempit' bila meilhat kejadian langgar belakang.

Istilah mat rempit yang diberikan oleh wartawan ini bagi saya adalah terlalu melampau dan tidak menghormati keluarga si mati. Saya gesa supaya beliau minta maaf terbuka kerana kenyataan ini mengguris hati keluarga dan kawan-kawan si mati. Tulisan ini juga memberikan persepsi buruk mereka-mereka yang tidak memahami dunia permotoran terhadap si mati dan keluarganya seolah-oleh si mati adalah pelumba haram. Harap mohon maaf!!!

Ramai dikalangan penunggang hari bukan mat rempit, tetapi mereka adalah Pendakwah Motor tanpa mengira saiz besar atau kecil motor mereka. mereka ride untuk kutip sumbangan Gaza, ride untuk gotong royong rumah anak yatim, ride untuk bersihkan sungai dan lain-lain kebajikan.

- Zaharudin Muhammad, 
Ketua Jemaah Naqib, 
Alternatif Riding Club Malaysia. (ARC)



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved