Senyuman kebanggaan itu sudah jauh hilang digantikan dengan wajah yang resah memikirkan apa tindakan yang akan dikenakan oleh PDRM terhadap perbuatan biadabnya di perkarangan pintu masuk ke Parlimen minggu lalu.
Krishnan a/l Mookan dikecam oleh banyak pihak kerana menampar banner yang memaparkan wajah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan selipar telah ditahan oleh polis di rumahnya yang beralamat di Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.
Itulah orang selalu berpesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Meskipun tertekan dengan tekanan hidup, usahlah mengambil tindakan yang bakal menyusahkan diri.
Banyak cara yang kita boleh ambil untuk membantah mana-mana tindakan kerajaan yang dilihat tidak menguntungkan kita dengan menggunakan prosedur yang betul.
Semenjak ISA dimansuhkan, ramai yang semakin kurang ajar dan biadab. Sudah beberapa kali rakyat mendesak Perdana Menteri mengembalikan ISA agar golongan-golongan seperti ini serik, namun tidak diendahkan.
Najib dilihat sebagai seorang pemimpin yang suka membuat keputusan populis yang jelas sekali bukan menguntungkan rakyat. Tetapi banyak merugikan rakyat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment