Seorang pengguna Facebook yang juga seorang pemandu lori berkongsikan pengalaman memandunya di Terowong Menora.
Baca pengalaman beliau di bawah:
"Ermmm.....
Pengalaman aku sebagai pemandu lori ISOTank yang bawa produk Petronas. Kebanyakan pemandu-pemandu kereta suka menyelit depan lori semasa turun bukit lepas pada terowong.
Aku pernah pijak brek lori sampai aku berdiri laa untuk berhentikan lori. Allah saja yang tahu perasaan aku masa itu. Mengigil satu badan aku takut tersodok kereta yang menyelit + brek kuat-kuat depan lori aku.
Aku hanya ada dua pilihan saja masa itu. Kalau ke kiri, gerenti aku masuk gaung. Kalau ke kanan, gerenti aku melintang kat tengah-tengah jalan.
Kepada pemandu-pemandu kereta yang menuruni bukit selepas terowong tu, aku minta sangat-sangat tolonglah jalan cilok + tekan brek kuat-kuat depan kepala lori. Sebab pemandu lori perlukan jarak dan ruang bila nak hentikan/slowkan lori bilamana terdapat situasi cemas di hadapan.
Assalam."
Cucu Awang Hitam
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment