Penjelasan dari Ustaz Iqbal Parijin yang diundang bersama di “I Want to Touch a Dog” semalam.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk libertarian perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.
Mohd Iqbal Parjin
Berikut pula video huraian hukum sengaja menyentuh anjing dari Ustaz Azhar Idrus.
Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing, tulis Dr Asri Zainul Abidin di akaun FB beliau.
Dipos oleh DrMAZA.com.
Gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya. Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama, tulis Ustaz Kazim Elias.
Dipos oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment