Nampaknya, pendedahan oleh pengguna Facebook Syam Iz (Baca disini) telah dibalas oleh Restoran Al-Ehsan.Sulthan AlEhsan melalui Facebook peribadinya memberi jawapan balas bahawa dakwaan penggunaan Bakon daging babi itu tidak benar, sebaliknya bacon yang digunakan adalah Bacon daging lembu.
Beliau juga mengatakan restoran Al-Ehsan adalah sebuah restoran Muslim dan menjamin 100% kehalalan bagi masakan mereka.Semoga pencerahan ini menjawab tuduhan yang dimuatnaik oleh Syam Iz.Baca tulisan Sulthan Alehsan:
Salam to all. Behalf of Restoran Al-Ehsan, I found a false post in Facebook by someone named "Syam Iz" regarding our restaurant food. The post is been uploaded. For the information, it is clearly mentioned "5pkt" and we use bacon beef for breakfast set menu. And 100% guarantee we are serving Halal food in all our outlets. We are Pure Muslim and maintaining as well as following Agama Islam Syariah in our everyday lifestyle. Sorry for the inconvenience caused. Please do share this. Thank you.Salam kepada semua. Bagi pihak Restoran Al-Ehsan, saya telah mendapati satu pos salah tentang Restoran kami di dalam Facebook oleh "Syam Iz". Pos tersebut telah dimuat naik. Bagi pengetahuan semua, senarai barangan tersebut jelas di tulis "5 pkt" dan kami menggunakan bacon daging lembu untuk set menu sarapan. Kami memberikan 100% jaminan bahawa kami menghidangkan makanan yang halal di semua cawangan kami. Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih.
Saudara Sulthan juga telah membuat laporan Polis untuk menafikan status itu seterusnya meminta pengguna Facebook, Syam Iz agar memadamkan segera status dakwaan itu:
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment