ONEXOX
BannerFans.com

Restoran Mamak guna Bacon dalam masakan didedahkan (4 Gambar)

on Monday, October 13, 2014



Satu status menggemparkan ramai peminat makanan di Restoran Mamak apabila mendedahkan sebuah restoran di Wangsa Maju didakwa menggunakan Daging Babi (Bacon) di dalam masakan mereka.

Pengguna Facebook, Syam Iz memuatnaik beberapa keping gambar pekerja restoran itu yang ditemuinya di NSK Seri Rampai yang sedang mencari barangan yang dipesan oleh bosnya. Dia terkejut apabila di dalam senarai barangan itu jelas tertulis perkataan Bacon. Baca lagi pendedahan lanjut beliau.


Siasatan lanjut perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana jika benar restoran itu menggunakan daging babi seperti didakwa, ia adalah satu penganiayaan yang besar kepada umat Islam di Malaysia. Sehingga perkara ini mendapat pencerahan samaada daripada pihak berkuasa ataupun dari restoran itu sendiri, adalah lebih baik kita elakkan pergi ke restoran  itu buat masa sekarang.





Gambar dan Status Pendedahan: Facebook Syam IZ

Informasi:

Ramai yang sudah terkeliru dengan perkataan Bacon dan Ham
Apakah sebenarnya makna bacon itu sendiri? Maksud bacon di dalam bahasa inggeris ialah salted and smoked meat from the back and side of pig atau dalam bahasa melayu ialah daging bahagian belakang dan rusuk babi yang digaramkan dan disalai. Pendek kata, ia adalah nama untuk daging babi. Jika kita melihat makanan di hotel-hotel, mereka tersilap menamakan beef bacon atau bacon daging lembu. Ini sudah tersilap kerana bacon itu sendiri bermakna daging babi dan ia tidak boleh ditulis dengan digadingkan dengan perkataan daging lembu. Jika daging lembu salai, ia dipanggil sebagai beef jerky dalam bahasa inggeris Amerika. Oleh itu, tidak sepatutnya timbul perkataan beef bacon atau bacon daging lembu untuk menunjukkan ianya halal dan boleh dimakan kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. 

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved