ONEXOX
BannerFans.com

KJ Berpotensi Jadi TPM Sekiranya Najib Berundur Awal, Kata A Kadir Jasin

on Monday, October 13, 2014

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Akhbar New Straits Times (NSTP), Datuk A Kadir Jasin berpendapat, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) berpeluang untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kadir berkata, keadaan tersebut boleh berlaku sekiranya jawatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Najib sekarang diserahkan kepada sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

“Kalau dengan takdir (Datuk Seri) Mohd Najib terpaksa berundur sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang (PRU14), pasangan Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logik.

“Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom Timbalan Perdana Menteri, maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammudin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy berpotensi naik menjadi TPM,” tulis Kadir dalam blog rasminya, The Scribe A Kadir Jasin, hari ini.

Wartawan veteran itu berkata, KJ disifatkan sebagai pemimpin yang paling layak dan berkaliber jika dibandingkan dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

“Dalam dunia yang dipacu oleh media sosial, ramai orang tahu bahawa Khairy menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan pada saat ramai pembesar Umno, termasuk menteri sendiri curi-curi hantar anak-anak mereka ke sekolah elit swasta. Beliau sendiri masuk menjadi anggota Tentera Wataniah

“Dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang tidak masuk akal pun boleh berlaku. Jadi, suka atau tidak kita terpaksa meletakkan Khairy di tempat yang penting dalam senario politik dan kepemimpinan negara untuk dekad ini.

“Suka atau tidak, buat waktu ini yang nampak menonjol di kalangan barisan pelapis Umno ialah Khairy, kecuali kalau dalam masa terdekat ini muncul watak-watak lain yang lebih karismatik, petah dan pintar,” jelas Kadir.

Tambah Kadir, menantu kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu perlu berterima kasih kepada Najib kerana telah menjadi penyelamat kepada beliau selepas perletakan jawatan bapa mertuanya itu ekoran kekalahan teruk semasa PRU12.

“Sebagai Ketua Pemuda serta Menteri Belia dan Sukan, beliau mempunyai kedudukan yang cukup kuat dalam hierarki Umno.

"Untuk itu, beliau wajar berterima kasih kepada Mohd Najib kerana melantik beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Saya adalah antara orang yang mahu Khairy diberikan jawatan menteri apabila beliau menang Ketua Pemuda,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Jelas Kadir lagi, kedudukan KJ dilihat semakin kukuh berbanding kepimpinan Umno dan Kerajaan yang seangkatan dengannya selepas gabungan jawatan Ketua Pemuda dengan Kementerian Belia yang disifatkan sebagai Najib membuka landasan kuasa kepadanya.

“Sama ada Mohd Najib menyedarinya atau tidak, Khairy kini muncul sebagai orang paling hadapan dalam pewarisan Umno. Selepas Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden adalah Khairy.

“Saya rasa Mohd Najib sedar kerana beliau sendiri membina landasan kuasa dan mengumpul barisan penyokong tegar ketika menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved