ONEXOX
BannerFans.com

Rita Rudaini Beri Keterangan Kes Diugut Bunuh

on Sunday, October 12, 2014

Gara-gara status 'panas' yang dimuat naik bekas suami aktres Rita Rudaini, Aidil Zafuan di akaun Instagram miliknya yang mana memaparkan resit pindahan wang nafkah anak-anak pada 10 Oktober lalu, membawa kepada unsur jenayah.

Salah seorang pengikut Aidil yang menggunakan akaun bernama ‘Hanifhafizul’ telah menulis;

"Upah org suruh bunuh jer rita tu. Habis cerita."

Pemilik akaun sama turut memanjangkan lagi komennya dengan menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.

"Tak pa bro. Next time kena plan mcm mana nk bunuh si Rita ni. Jgn biar dia hidup. Panas pulak rasa."

Rentetan daripada ugutan yang diterima, Rita telah membuat laporan polis di Balai Polis, Jalan Tun Razak, pada 11 Oktober 2014.

Dan semalam, Rita telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubungan laporan yang dibuatnya.

"Betul, anak guam saya telah dipanggil memberi keterangan berhubung ugutan bunuh yang diterima.  Tunggu sahaja tindakan selanjutnya," ujar peguam yang mewakili Rita ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi.

Sementara itu, Rita juga menjelaskan yang laporan dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan anak-anaknya.

"Apa yang dimuat naik Aidil dengan kapsyen tersebut telah menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya yang akhirnya berlaku ugutan bunuh.   Bimbang akan keselamatan diri, saya perlu melakukan sesuatu," kata Rita pula.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved