Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab berkata, sebaik kejadian, mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu memberitahu kejadian itu kepada suaminya.
Suami mangsa kemudian ke rumah suspek bersama seorang anak perempuannya untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakannya itu.
Bagaimanapun, suspek terus menolak suami wanita itu yang berusia 49 tahun sehingga terjatuh, katanya.
Beliau berkata, anak perempuan mangsa yang turut berada di situ cuba membantu ayahnya, namun suspek terus menetak kepalanya dengan parang sebelum melarikan diri.
Akibat tetakan itu, remaja perempuan berusia 14 tahun itu luka di kanan kepalanya.
Dia dibawa ke Hospital Kajang dan menerima 10 jahitan, katanya.
Ab Rashid berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang memburunya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment