ONEXOX
BannerFans.com

Warga British Dibunuh Isteri Kerana Suka Berbohong

on Tuesday, October 21, 2014

BALI: Seorang lelaki warga British ditemui mati disembelih di sebuah kawasan sawah di sini, dipercayai dibunuh oleh isterinya sendiri.

Mayat Robert Kelvin Ellis, 60, ditemui dibungkus dengan plastik dan dibuang ke kawasan sawah di Kampung Sedang pada Selasa.

Polis mendakwa isteri mangsa yang merupakan warga Indonesia, Julaikah Nor Aini bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

"Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa.

"Tidak berpuas hati kerana banyak sebab. Wanita itu mendakwa suaminya sering berbohong sehingga dia mengambil keputusan untuk mengupah pembunuh untuk membunuh mangsa," Kata Ketua Polis Badung, Komang Suartana.

Officials said Mr Ellis, who has been living in Australia, had a UK passport, and is believed to have moved to the seaside area of Sanur, Bali with his wife

Polis kini telah menahan pembunuh di Padangbai di sini dan masih memburu tiga lagi.

Pasangan itu sebelum ini tinggal di Australia dan mempunyai pasport United Kingdom sebelum berhijrah ke Bali.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved