ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Hati Pengunjung Putrajaya Berang Dengan Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya

on Sunday, December 7, 2014



Seorang bapa meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman Facebook akan tindakan beberapa orang penguatkuasa Perbadanan Putrajaya yang dianggap sebagai tidak ‘cerdik’ sehingga menakutkan anak-anaknya yang datang bersuka ria di Dataran Putrajaya itu semalam.

Baca luahan Tg Rozahan Zahid di bawah:

Tadi, anak-anak tengah seronok main roller blade ditakutkan oleh penguasa perbadanan putrajaya. Peniaga yang memberi sewa kepada pelanggan di kawasan bulatan masjid putra habis dirampas. Orang-orang yang sedang main pun satu persatu ditanyanya. Sampai anak aku pun ditanya siapa punya rollerblade.




Anak aku dah bagi tahu yang rollerblade nie dibeli tapi diterjahnya dengan ungkapan dari pegawai depan masjid ni

“Jangan nak menipu!”

Woii! kalau ye pun nak tanya budak lebih-lebih, tanya bapak dia la weii. Bodoh punya penguatkuasa. Sampai anak aku takut nak main, terus mintak nak balik rumah. Woii orang melayu tu meniaga kecil-kecilan saja, bukan jual dadah pun. Tutup la kawasan bulatan putra tu. Jangan kasi sape2 datang. Barulah takder peniaga menjaja kat situ. Bingkai!



________________________________________

Dedah Tango Tiga, 

Untuk makluman, tindakan terpaksa dilakukan sebab telah menerima banyak aduan dari orang awam, basikal/kereta bateri telah melanggar kanak-kanak dan ada kes dari pihak Hospital Serdang yang menerima mangsa. Pihak persatuan penduduk juga telah menghantar surat tandatangan dari komuniti kepada Presiden PPk dan lesen peniaga untuk bulan Disember telah ditangguhkan.



Walaupun begitu, adalah tidak wajar penguatkuasa Putrajaya menakut-nakutkan kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa. Kedatangan mereka ke Putrajaya hanyalah untuk bersuka ria.

Bagi si ibu bapa pula, usahlah terlalu emosi dan melenting. Sungguhpun apa yang dilakukan oleh penguatkuasa itu tidak wajar, ambillah pendekatan menegur secara berhemah. Jangan hanya kerana kecacatan seorang pegawai, seluruh agensi terpaksa menerima tempias kemarahannya. - MY MEDIA HUB

Nota Kaki: Komen yang paling pedas mengenai isu ini,



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved