ONEXOX
BannerFans.com

Luahan sayu hati penonton pergi stadium bayar tiket mahal RM50 dapat tengok buntot leper jer

on Sunday, December 21, 2014



Dengan ribuan penonton tidak mendapat tempat duduk, kesesakan penonton di setiap pelusuk dalam stadium, ia hanya menggambarkan betapa buruknya cara FAM menguruskan pertandingan akhir itu.

Ramai penonton merungut kerana tidak ada tempat duduk untuk menyaksikan perlawanan sejak wisel sepak mula ditiup sehingga tamat perlawanan.

Ribuan penonton yang membayar RM50 seorang hanya berlegar di ruang legar tempat duduk penonton kerana tidak dapat masuk ke kawasan kerusi kerana sudah penuh.




Mereka termasuk kanak-kanak hanya mampu menyaksikan perlawanan dari celah-celah besi penghadang, memanjat dinding dan tembok, tertinjau-tinjau di atas tangga dan kawasan sempit di ruang masuk ke kawasan teres penonton.

Seorang penonton meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan tiga orang perempuan yang berdiri di hadapan tempat duduknya tanpa rasa bersalah sepanjang perlawanan berlangsung.

Bila ditegur, wanita-wanita itu kemudian memaki pula si penegur tadi.





FAM perlu memastikan keselamatan dan keselesaan, bukannya keuntungan semata-mata. Ini kerana kesesakan penonton yang keterlaluan boleh menyebabkan musibah besar.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved