Peminat ketam berbulu yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama kini boleh menikmati makanan laut itu secara percuma, selepas pemborongnya, IWC Aquastic memutuskan untuk memperluaskan tawaran itu.
Sebelum ini, ketam bermusim itu hanya diberikan percuma kepada rakyat Malaysia berketurunan Cina sahaja, sekaligus mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Pengurus IWC, Lim Tiong Yuan berkata, tawaran itu akan diberikan sekali lagi di NSK Trade City, Kuchai Lama dan orang ramai perlu mengemukakan MyKad, bagi membolehkan mereka menikmati seekor ketam setiap seorang.
Menurutnya, langkah itu bertujuan membolehkan pengesahan dilakukan dan mengelakkan kekeliruan, kerana mungkin ada di antara mereka yang mempunyai nama sama.
“Pemberian itu akan berlangsung sehingga 26 Disember ini dari jam 2 petang hingga 5 petang,” katanya.
Syarikat berkenaan menerima kritikan hebat pada Oktober lalu dan dilabelkan sebagai rasis, apabila hanya memberikan ketam berbulu secara percuma kepada kaum Cina sahaja.
Walaupun setiap orang hanya layak untuk menikmati seekor ketam, mereka juga perlu menunjukkan MyKad untuk mendapatkan pengesahan, bagi membuktikan mereka benar-benar berketurunan Cina.
Seorang kakitangannya pada ketika itu memberitahu bahawa pemberian ketam berkenaan hanya untuk kaum Cina, memandangkan memakan ketam berbulu adalah budaya masyarakat itu.
Pemberian itu juga sempena musim luruh di China, di mana ketam berbulu telah matang dan menjadi juadah istimewa buat masyarakat Cina.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment