Kelihatan beberapa krew MAS terpaksa menggunakan sedikit kekerasan dan akhirnya berjaya menumpaskan seorang penumpang mabuk yang melakukan ganggu kacau dan bersikap kasar serta bengis kelas Business dari KL ke London.
Sebelum itu Datuk Bandar London yang menaiki pesawat yang sama setelah melakukan lawatan ke negara itu cuba memujuk penumpang kerneaan supaya tenang tetapi tidak berjaya.
Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan berusia 43 tahun dari Britain.
Penumpang berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan ditangkap ketika pesawat mendarat di lapangan terbang Heathrow.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa penumpang itu ditahan di sebuah balai polis di London.
Sementara itu, duta teknikal Eileen Burbidge memuat naik gambar situasi berkenaan dan memuji kru MAS yang bertindak dengan pantas.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment