Selepas tujuh minggu bersiaran, program pencarian bakat dalam bidang dakwah iaitu Pencetus Ummah musim kedua (PU2) malam ini akhirnya menobatkan Azman Syah Alias sebagai juara.
Pada Mimbar Akhir itu, Azman, 33, mengenepikan empat lagi pencabar iaitu Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, 25, Mohd. Lokman Ahmad, 29, dan Mohd. Yusof Arbain, 34.
Pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu menyampaikan tajuk dakwah dalam tiga pusingan melibatkan tema Dakwah Bebas iaitu Tiada Alasan Tangguh Solat, Islam Fobia dan Hati Mati Jasad Layu.
Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej percutian umrah dan tazkirah dalam pesawat penerbangan sewa khas tajaan Gemilang Travels & Tours Sdn. Bhd., pakej percutian dan ceramah di atas kapal pelayaran mewah 4 hari 3 malam tajaan IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn. Bhd., langganan Majalah I selama setahun, senaskah Al-Quran dan bahan bacaan sumbangan Karya Bestari berserta trofi.
Azman turut memenangi PU Pilihan Prudential BSN yang membawa pulang pakej umrah bernilai RM5,000 dan PU Pilihan Radio Sinar FM. Naib juara pula menjadi milik Ahmad Faiz Hafizuddin yang menerima wang tunai RM50,000.
Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Mohd. Yusof dan Mohd. Lokman. Mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 dan RM10,000.
Naib juara hingga tempat keempat juga memenangi pakej percutian umrah dan tazkirah dalam pesawat penerbangan sewa khas tajaan Gemilang Travels & Tours Sdn. Bhd., pakej percutian dan ceramah di atas kapal pelayaran mewah 4 hari 3 malam tajaan IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn. Bhd., langganan Majalah I selama setahun, senaskah Al-Quran dan bahan bacaan sumbangan Karya Bestari berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Astro Malaysia, Tun Zaki Tun Azmi diiringi Naib Presiden Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengarah Pemasaran Prudential BSN, Amran Zainal.
Pemarkahan finalis ditentukan sebanyak 70 peratus oleh juri profesional yang terdiri daripada Ustaz Kazim Elias, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Abby Fana dan juri jemputan iaitu komposer dan juga pendakwah popular dari Indonesia, Opick. Bagi Mimbar Akhir, finalis PU2 mendapat bimbingan dari barisan murabbi (fasilitator) seperti Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak, Ustaz Haslin Baharim dan pelakon senior Fauziah Nawi.
Selain itu, beberapa artis tampil memeriahkan PU2 dengan persembahan nyanyian daripada Datuk Hatan, Ayai Ilusi, Mawi dan Hazama.
Program akhir itu diacarakan oleh Ustaz Zulkifli Hamat dan Fizo Omar disiarkan secara langsung di Astro Aosis.
Sementara itu, kemuncak program keagamaan yang mencetus fenomena baru sejak musim pertama terus mendapat sambutan luar biasa di kalangan penonton Astro Aosis itu berlangsung di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor, malam ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment