ONEXOX
BannerFans.com

Punca Chacha Maembong Dihalau Dan Terpaksa Tinggal Di Flat Tersebar

on Thursday, December 25, 2014



“Tanpa pengetahuan saya, Yaya Maembong dan Wan Raja adakan malam berinai pada 10 Disember. Saya hanya tahu bila saya datang ke Bukit Antarabangsa nak jengok Popo yang tinggal di rumah itu bersama Amad, Chacha. Diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar, cari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal dirumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif,” luah ayah kepada Chacha Maembong.

Pelakon terkenal, Chacha Maembong menafikan dia dan dua beradiknya dipaksa keluar dari rumah kakaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi statusnya di laman sosial Facebook.




Tambahnya, dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja mendirikan rumahtangga untuk tinggal bersama dua orang adik beradiknya yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit.
 
“Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.

“Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua. Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar,” katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved