ONEXOX
BannerFans.com

Raja Azmi akui sudah temui Cinta Baru selepas bercerai

on Wednesday, December 3, 2014



Kuala Lumpur :  Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, akui kehidupannya kini lebih tenang setelah menemui cinta barunya iaitu cinta kepada Allah.

Raja Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mi berkata dia kini lebih bahagia apabila masanya lebih banyak diluangkan dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.

"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.

"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.




"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini,"katanya kepada murai.com.my yang ditemui selepas pelancaran TV Pengguna di Hotel De Palma, Ampang semalam.

Kak Mi dan Eddie telah pun sah bercerai pada 11 November lalu, setelah rumahtangganya bergolak dan tidak dapat diselamatkan sejak beberapa bulan sebelum itu.

Bercakap mengenai hubungannya dengan bekas suaminya itu, Kak Mi memberitahu hubungan mereka sangat baik dan selesa untuk berkawan.

"Kami masih lagi berhubung dan Kak Mi nampak kami lebih senang bila menjalinkan hubungan sebagai kawan.

"Malah kami sekarang sedang cuba mengambil kesempatan dalam tempoh edah ini untuk bermuhasabah diri dan Kak Mi sendiri tidak berani untuk berkata apa-apa tentang masa hadapan kami dan hanya berserah kepada Allah," luahnya lagi.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved