Masihkah anda ingat akan gambar monyet dan itik ini ? Gambar mesra antara dua ekor spesies yang berbeza ini pernah mendapat perhatian ramai di media sosial Facebook pada satu ketika dahulu. Kini mereka berdua telah terbunuh dalam satu kebakaran yang berlaku pada 1 Disember lalu ( Isnin).
Kebakaran yang berlaku di alamat No 495 Moo 1. Plutaluang. Sattahip, Chonburi, Thailand itu, telah menjadi titik pengakhiran antara mereka dua ekor. Persahabatan dan hubungan intim mereka hingga hujung nyawa.
Trailer Jualan, 44 tahun, pemilik rumah kayu papan itu berkata, " kebakaran itu berlaku dengan pantas sekali apabila api besar mula merebak." Namun, dia memberitahu sempat putuskan wayar eletrik bagi menghalang api daripada terus merebak lagi besar.
Si Itik dikatakan sedang mandi di dalam bilik air ketika kebakaran itu berlaku. Si itik tidak dapat meloloskan diri kerana terperangkap dengan nyalaan api. Lantas, sahabat baiknya Si Monyet yang ketika itu sedang memanjat pokok kelapa, bertindak nekad masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkannya. Tapi malangnya, mereka gagal keluar bersama.
Allah lebih menyayanginya apabila mereka berdua ditemui mati bersama di dalam bilik air akibat lemas dengan asap kebakaran. Pihak Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk memadamkan api yang marak itu. Bagaimanapun, jasad Si Monyet dan Si Itik itu tidak dijilat api kerana mereka berada di kedudukan yang strategik. Selepas itu, hujan gerimis mulai turun seakan menangisi pemergian mereka berdua.
Orang ramai juga kelihatan sebak melihat tragedi yang menyayat hati itu. Lebih sebak lagi, tuan kepada dua ekor bintang itu yang memelihara sejak mereka lahir lagi.
Jasad mereka dikebumikan bersama-sama di bawah pohon kelapa.
* INFORMASI TRAGEDI *
- Mangsa - Si Monyet (bernama Michael) dan Si Itik kacukan angsa (Cotton). Status mangsa - mati.
- Lokasi - No 495 Moo 1. Plutaluang. Sattahip, Chonburi, Thailand.
- Masa - 1 Disember 2014 (jam tidak dapat kenalpasti)
- Kerugian - Nilai anggaran 1 Juta Baht ( premis bersama isinya dan sebuah kereta jenis Isuzu Dragon). Credit infokini.my
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment