TENOM: Sepasang kekasih budak sekolah tingkatan dua yang melakukan kegiatan tidak bermoral di dalam tandas sekolah telah berjaya ditangkap oleh guru disiplin selepas disedari perbuatan tiadak bermoral itu semalam,
Kejadian yang berlaku pukul 10.30 pagi semasa waktu rehat itu disedari oleh pelajar lain dan terus melaporkan kepada guru disiplin. Guru tersebut terus begergas ke tandas tersebut dan telah menjumpai pasangan tersebut dalam keadaan tidak terurus.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis. “Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Selian itu difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment