ONEXOX
BannerFans.com

Dedah : Teori Konspirasi MH370, Benar Atau Pelesu?

on Thursday, January 1, 2015



Baru-baru ini, kecoh diperkatan tentang satu konspirasi teori tentang misteri kehilangan MH370 yang mula menular secara meluas terutamanya di blog-blog di Malaysia dan juga laman-laman Facebook.

Menurut apa yang dikongsikan pembaca-pembaca Siakapkeli yang mahukan kepastian mengenai perkara tersebut, teori yang ditulis dalam bahasa melayu itu datangnya dari satu akaun Facebook yang menggunakan nama Sharifah Sofia Syed Rashid II.




Setelah diteliti, kami dapat mengesan beberapa bukti palsu yang digunakan di dalam teori tersebut, yang secara automatik mengesahkan teori ini palsu dan hanya rekaan mereka yang tidak bertanggungjawab semata-mata.

Berikut adalah bukti palsu berserta penerangan kenapa ia palsu yang kami peroleh setelah siasatan.

1 - Gambar peta pesawat dikesan sekitar 8:59 pagi.
Di dalam teori yang ditulis, penulis teori terbabit telah memaparkan satu peta yang mendakwa pesawat MH370 dikesan menuju ke Ukrain pada jam 8:59 pagi. Menurut penjelasan di dalam teori terbabit, peta tersebut adalah dari radar tentera Kazakhstan.



Sebenarnya gambar asal tersebut adalah dari google maps(berserta data tambahan), yang sudah berada di dalam satu forum yang membincangkan perihal peristiwa 9/11 sejak tahun 2011 lagi . Cuma bezanya, gambar itu di kerat supaya menjadi lebih kecil dan di ubah warnanya menjadi sedikit gelap. Anda boleh melihat gambar asal di posting di forum ini.


Gambar asal.


Perbandingan antara kedua-dua gambar tersebut.

Dengan hasil perbandingan antara dua gambar diatas, ternyata gambar radar tentera Kazahstan yang diberi adalah rekaan semata-mata.

2 - Radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370
Satu lagi bukti yang disertakan di dalam posting penulis konspirasi ini adalah gambar yang didakwa radar tentera di Turkmenistan yang berjaya mengesan MH370 ketika di kawasan udara Singapura ketika menuju ke Ukrain.



Gambar yang sama telah berjaya dikesan di salah satu laman web airteamimages.com, sebuah laman web yang berkongsi gambar pesawat dan peralatan. Dan gambar ini diambil pada tahun 2005 lagi. Perbezaan gambar asal dan gambar yang dipaparkan adalah warna yang telah diubah dan juga gambar yang telah dikecilkan. Tetapi data-data di dalam gambar masih lagi sama. Anda boleh melihat gambar asal disini.


Gambar asal radar.


Perbandingan antara kedua-dua gambar.

Dengan perbanding antara kedua-dua gambar ini, ternyata gambar radar tentera di Turkmenistan ini juga adalah rekaan penulis teori terbabit.

Dengan pendedahan kepalsuan dua bukti diatas, secara automatik teori yang berlegar-legar di internet ini adalah palsu dan hanyalah rekaan penulis teori ini semata-mata. Penulis asal teori ini bukan sahaja membuat teori yang salah, malah turut juga menipu pembaca dengan mengemukakan bukti yang sengaja dipalsukan.

Sememangnya semua dari kita, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia mahukan jawapan tentang misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum terjawab. Tetapi penyebaran teori-teori rekaan seperti ini sudah tentu menimbulkan fitnah dan juga boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved