ONEXOX
BannerFans.com

Orang Yang Kritik Datin Sri Rosmah Tidak Lawat Mangsa Banjir 'Tiada Akal' -Syed Ali

on Tuesday, January 6, 2015




PETALING JAYA: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini telah tampil mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah dikecam oleh pelbagai pihak kerana tidak melawat mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Beliau yang merupakan ketua UMNO Bahagian Cheras  menempelak sikap kebanyakan orang terutama pihak pembangkang yang menjadikan ketiadaan Datin Sri Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak melawat mangsa banjir sebagai isu politik.

"Mereka menyerang Rosmah dengan dakwaan tidak prihatin masalah rakyat dan isu tersebut sengaja diperbesarkan," tegasnya yang dipetik dari Blog Umno Bahagian Cheras.



Beliau menyifatkan golongan berkenaan sebagai 'manusia tidak ada akal' kerana hanya tahu mencari kesilapan orang lain.

"Mereka ini tak ada fikiran, hanya tahu cari kesilapan orang lain, tabur fitnah dan buat gosip yang tidak berasas," tegasnya.

Selain itu beliau menasihatkan mereka ini supaya takut dengan pembalasan Allah S.W.T dengan tidak menabur fitnah dan berburuk sangka.




"Kenapa hanya Rosmah yang menjadi mangsa kecaman hanya kerana tidak berkesempatan melawat mangsa bencana banjir?. Apa yang dilakukan oleh Datin Sri Rosmah semua tidak betul."

"Kalau Rosmah ikut Najib lawat mangsa banjir, akan difitnah kononnya isteri Perdana Menteri cari publisiti, kalau tak turun pula dituduh beliau tidak cakna kepada rakyat," tegasnya.

Menurutnya lagi, apa yang dilakukan oleh Rosmah tidak betul kerana pihak pembangkang sudah dirasuk sifat kebencian meampau sedangkan mereka sendiri tidak ada alternatif menyelesaikan masalah rakyat.

"Sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara, kita sepatutnya mempertahankan beliau, bukan berdiam diri membiarkan menjadi mangsa fitnah pembangkang," katanya.

Lagipun kata beliau, ketiadaan Rosmah di Kelantan, Terengganu dan Pahang semasa Perdana Menteri melawat mangsa banjir hanya diperbesar oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata, walaupun Rosmah tidak menjenguk mangsa banjir tetapi percaya isteri Perdana Menteri amat prihatin dan mengikuti perkembangan yang berlaku.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved