Penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada 31 Disember lalu pasti melegakan ramai pihak dan ada juga berharap dengan penurunan harga minyak ini harga barang keperluan harian akan turut turun.
Tapi tahukah anda bahawa penurunan harga minyak bukanlah jaminan untuk harga barangan harian kana turun.
Perkara ini telah diulas oleh Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman dimana beliau berkata peniaga di Malaysia lebih mengutamakan keuntungan perniagaan mereka sendiri daripada kepentingan pengguna.
"Kes sama yang pernah terjadi dahulu membuktikan penurunan harga bahan bakar itu tidak akan mempengaruhi peniaga untuk turut sama menurunkan harga jualan mereka."
“Sekiranya melihat kepada sejarah sebelum ini, apabila harga minyak turun, harga barang tidak akan turun kerana kebanyakan peniaga lebih berorientasikan keuntungan."
"Apabila harga petrol dan diesel naik sendikit, dengan pantas mereka menaikkan harga barangan.” katanya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment