ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA MAS IDAYU DIDAKWA CEKIK PENGACARA MENTOR LEGEND TERJAWAP

on Monday, January 26, 2015

Sudah tentu anda kenal dengan pengacara dan wartawan sensasi Zuan Azmi. Setiap minggu Zuan akan muncul di program hiburan Melodi selain kini menjadi hos belakang pentas untuk program Mentor Legend di TV3.

Mas Idayu didakwa cekik pengacara Mentor Legend – Mengenai perkembangan terbaru, Zuan, beliau khabarnya ada kisah menarik dari belakang pentas. Melalui akaun Twitter beliau, Zuan Azmi menulis yang Mas Idayu telah mencekik dan menyerang beliau ketika salah satu slot belakang pentas Ahad lalu.




Memetik portal Rotikaya, Zuan Azmi berkata yang Mas Idayu juga ada mencekik dan menyerang beliau ketika rehearsal dijalankan dan telah diberi nasihat untuk tidak mengulanginya ketika siaran langsung namun perkara itu tidak diendahkan.





“Sebab dia perempuan, kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional apabila asyik dikenakan soalan panas,” ujarnya.

Sekali baca seakan Mas Idayu mahu bergurau dengan hos Mentor Legend itu namun kenyataan dari Zuan Azmi tidak menunjukkan perkara ini seperti boleh dibuat main.



Apapun, sebagaimana yang kita tahu, beliau antara wartawan dan pengacara yang selalu utarakan soalan-soalan panas untuk kenakan artis. Mungkin kerana itu kena cekik kot.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved