KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) hari ini membuka tempahan untuk model Myvi terbarunya yang bakal dilancarkan pada 15 Januari ini.
Model Myvi terbaru ini menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding model yang sebelumnya.
Ciri-ciri baru keselamatan itu memperolehi penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.
"Penambahbaikan ini dibuat selepas kajian mendalam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Myvi merupakan model Perodua yang paling berjaya serta menjadi model yang terlaris di Malaysia selama 9 tahun berturut-turut.
Myvi 'facelift' 2015 ini akan dijual pada harga di antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dengan dua warna, Electric Blue dan Cosmic Gold.
Myvi baru ini juga boleh didapati dengan warna-warna yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Jom lihat gambar-gambar Myvi Facelift 2015 di bawah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment