Keputusan Emma Maembong menamatkan hubungan cintanya dengan Zizan mengemparkan peminat mereka. Ada yang tidak percaya, ada juga yang menganggap itu semua gimik sahaja. Namun, kali ini Emma benar-benar serius kerana sudah merasakan tiada lagi jodoh dengan pelawak terkenal itu.
Sebelum ini, pernah dikhabarkan hubungan pasangan selebriti ini goyah. Tetapi kedua-duanya segera menafikan khabar angin itu.
Bagaimanapun, Emma sudah tidak mampu bertahan lagi menyembunyikan rasa yang terbuku di hati lalu memuat naik sekeping gambar di laman Instagram yang memberikan hint bahawa hubungan dia dengan Zizan sudah berakhir.
“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang sweet tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” ujar Emma Maembong kepada wartawan.?
Tambahnya, hubungan mereka sudah lama goyah, namun baru-baru ini saja dia nekad untuk memutuskan hubungan cinta mereka.
“Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya. Saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan netizen yang menggatakan dia seorang mata duitan, ini penjelasannya;
“Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya,” ujarnya.
Nota Kaki: Makan hati buat apa? Makanlah BurgerByte
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment