Satu video yang memaparkan aksi sebuah lori cuba 'melarikan diri' dari kereta JPJ menjadi viral di laman Facebook. Apa yang menarik, video tersebut telah mendatangkan pelbagai respon dari netizens. Ada yang mengutuk pemandu lori berkenaan dan ada juga yang mengutuk JPJ kerana kurang cekap.
Menurut kapsyen di video berdurasi hampir enam minit itu, kejadian dirakam di Simpang, Taiping Perak.
Video yang bertajuk "JPJ Kena Buli!!!" itu telah dimuat naik ke laman Facebook "Chandra Lawan Tetap Lawan" itu telah mendapat lebih dua ribu 'likes' dan lebih dari tujuh ribu 'shares' pada ketika ini.
Video yang dirakam oleh seorang pemandu itu memaparkan saat sebuah lori cuba melarikan diri dari sebuah pacuan empat roda milik JPJ. Biarpun saiznya yang besar, lori tersebut dilihat cuba meloloskan diri dari ditahan oleh JPJ terbabit.
Terdapat juga satu 'scene' dari video tersebut dimana salah seorang pegawai JPJ di dalam pacuan empat roda itu keluar setelah lori berkenaan diperlahankan lori tersebut kemudian memecut pergi seolah-olah 'meng-ayam-kan' pegawai JPJ tersebut.
Video berkenaan berakhir dengan lori tersebut dikepung oleh JPJ berkenaan setelah berhenti di bahu jalan sambil mengeluarkan pasir yang dibawanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment