ONEXOX
BannerFans.com

ANAK MALAS TUKAR LAMPIN IBU SENDIRI VIRAL DI FACEBOOK

on Thursday, February 12, 2015




Dua gambar screenshot dua individu anak kepada pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Tun Fatimah Mu#ar dan Hospital Besar Teluk Intan dikecam teruk oleh netizen dan viral di laman Facebook.

Mana tidaknya, kedua-dua individu terbabit dengan sewenang-wenangnya mendakwa ibu mereka yang dimasukkan ke wad tidak dijaga dengan baik oleh jururawat yang bertugas.

"Selepas kena kerah tukar lapik mak#, baru nak buat. Kalau tak, langsung tak peduli kotor pun. Hai jururawat tak nak buat, panggil Sister datang buat," - keluh Sheila Fiz akan sikap jururawat di Hospital Pakar Tun Fatimah Muar.

"Apa dah jadi dengan servis nurse kat Hospital Teluk Intan. Tukar cadar, mandikan pesakit, tukar pampers, buang pampers yang digunakan dilakukan oleh kita atau saper yang menunggu pesakit. Sedangkan itu tugas seorang nurse. Mereka hanya check tekanan darah jer. Itulah yang berlaku hari ini. Saper nak jawab ni? Pengarah Hospital, tolong tengok SOP tugasan Nurse. Saya sangat kecewa amanah yang diberi diabaikan dan lepas tangan," keluh seorang lelaki bernama Azhar Yaacob yang mana ahli keluarganya dimasukkan ke wad Hospital Besar Teluk Intan.




Kedua-dua screenshot itu menjadi #viral dan mendapat perhatian dari netizen yang bertugas dalam bidang perubatan.

Steven Tan, Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor, berkata, dua individu berkenaan sewajarnya berfikir dahulu sebelum menuduh.

"Dimanakah tanggungjawab anda seba#gai seorang anak kalau ibu bapa anda sendiri yang terlantar pun tidak sanggup anda jaga?

"Apa salahnya nak menukar pampers serta memandikan orang yang pernah membesarkan kamu sehingga ke hari ini. Sedarlah bahawa kami membantu dengan niat yang baik supaya kamu dapat meneruskan tanggungjawab anda sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kamu yang uzur.

"Sehina-hinanya seorang jururawat ya#ng malas. Hina lagi kamu sebagai seorang anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa anda," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved