ONEXOX
BannerFans.com

Caliph Buskers perjelas mengapa bayaran kini lebih mahal berbanding dahulu

on Thursday, February 12, 2015



Amboi. Macam penerangan GST la pulak. Kesian pula Abang Nara kat Caliph Buskers ini. Biasalah selepas popular, harga mestilah dinaikkan sedikit bersesuaian dengan ‘demand’ yang semakin meningkat. Ini sem#ua konsep ‘demand and supply’.

Lagipun diorang bukannya naikan 5,6 ribu, sekadar RM1,000 sahaja. Sebelum popular Caliph Busker kenakan bayaran RM1,000, selepas AJL29 bayaran yang dikenakan ialah RM2,000. Tak adalah naik sampai tahap tinggi melangit.

Tertekan dengan dakwaan Caliph Buske#rs semakin ‘demand’, salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Zaki telah tampil memberikan penjelasan panjang lebar. Semua benda diceritakan olehnya termasuklah bab kos.

Malah Zaki turut menafikan yang KRU terlibat dalam penentuan harga Caliph Busker. Menurut Zaki, kalau KRU yang tetapkan, harga mereka pasti akan melonjak sekitar RM8,000. Lagi terduduk nak bayar. Terang Zaki:-





Saya sangat terkejut dengan kenyataan yan#g mengatakan kami demand. Ya, saya mengakui memang kami meletakkan bayaran sedikit tinggi berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, mereka perlu fikir mengenai kos pengangkutan dan peralatan yang kami gunakan semasa melakukan persembahan. 

Jika sebelum ini kami hanya menggunakan teksi untuk bergerak melakukan persembahan, namun kini kami terpaksa menyewa van untuk mengangkut peralatan kami dan semua yang terlibat. 

Sudah tentu kami hendak melakukan perse#mbahan yang baik memandangkan kami kini sudah dikenali secara komersial. Jadi, semua kos itu diambil kira dalam memastikan mutu persembahan kami. 

Jika dahulu kami mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini kami mengenakan bayaran sekitar RM2,000 untuk melakukan persembahan.

Bayaran tersebut sudah diambil kira dari seg#ala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Lagipun, kami perlu menjaga taraf kami sebagai penghibur profesional dan hal ini sudah dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni. 

Jika mereka (KRU) mempengaruhi kami dan kami sememangnya artis di bawah naungan mereka, sudah tentu mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi, barangkali sekitar RM8,000 bagi satu persembahan. 

Saya tegaskan di sini, mereka (KRU) tidak lan#gsung berpengaruh dalam isu pembayaran. Hal ini kerana, kami lebih gemar untuk menguruskan sendiri urusan pembayaran tersebut.



Pada pendapat Abang Nara, kenaikan harga Caliph Buskers memang bersesuaian dan tidaklah melampau.

Biasalah harga naik. Sedangkan harga mi#lo ais sekarang ini pun dah mencecah RM3. Inikan pula harga persembahan artis-artis kita. Lagipun Caliph Busker hanya mengambil 2 undangan setiap hari. Masa tengah popular inilah nak cari rezeki lebih sikit. Tak gitu?

Kesian kat diorang. Dahlah OKU, kena tuduh macam-macam pulak. Diharap bersabar ye.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved