ONEXOX
BannerFans.com

Doktor Pakar Diugut Bunuh Ekoran Isu Kematian Nik Aziz

on Saturday, February 14, 2015



Akibat dari salah faham status update seorang doktor pakar perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, beliau diug#ut bunuh oleh individu berang.

Status update "Alhamdulillah.... Dah tak payah risau kena ludah." menjadi tumpuan pengikut ramai di kalangan mereka marah-marah dan maki hamun di status update tersebut.

Kami menghubungi Dr Abdul R#ahman Abdul Kadir untuk mendapatkan cerita yang sebenar dan apa yang beliau maksudkan dengan status tersebut adalah merujuk kepada kenyataan Nik Aziz yang sebelum ini mahu meludah muka ahli UMNO yang ingin menyatukan dua parti besar Melayu iaitu UMNO-PAS.




"Bukan saya yang ingin meludah Nik Aziz tetapi kitalah yang selamat dari diludah oleh Nik Aziz kerana sebelum ini beliau menghalang penyatuan UMNO-PAS. Saya lebih suka orang Melayu dan Islam bersatu," katanya kepada pihak Sebastian Phiu.




Dalam masa yang sama pengikut P#AS yang juga pengikut Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr Maza dilihat sangat agressif dan tidak dapat menahan kemarahan sehingga menggugut untuk membunuh beliau.

"Saya sudah bertanya kepada IGP dan PDRM berkenaan hal ini dan mereka menasihatkan saya untuk membuat laporan polis di balai yang berdekatan. Saya mungkin akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat," tambah beliau lagi.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Mana dah komen2 provokasi doktor tu, awat tak letak sekali?


February 14, 2015 at 3:18 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved