ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI ISTERI ALLAHYARHAM TOK GURU NIK AZIZ

on Sunday, February 15, 2015



Pemergian orang tersayang yang telah berkongsi hidup selama 53 tahun, pastinya memberikan kesan yang mendalam kepada dirinya, apatah lagi insan itu adalah seorang suami penyayang dan juga le#bih dikenali sebagai Tok Guru, pemimpin disayangi ramai di dalam mahupun luar negara.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluahkan perasaan di hatinya dalam wawancara eksklusif dengan wartawan Sinar Harian di kediamannya sehari selepas pemergian suaminya yang tercinta.

“Nanti abang tak dok (meninggal d#unia) lepas ni, sapo nak jago Yah,”

Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenai suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.





Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari #sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tua#n Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved