ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU SYAIFUL ZERO BILA DITUDUH LUPA DIRI DAN PUTUSKAN PERTUNANGAN

on Tuesday, February 17, 2015



Dah muncul juara Maharaja Lawak Mega 2014, sudah tentu ramai yang beranggapan populariti dan kejayaan yang dikecapi kumpulan Zero akan membuatkan mere#ka lupa diri dan sebagainya.

Luahan sayu Syaiful Zero bila dituduh lupa diri dan putuskan pertunangan – Apatah lagi timbul pula cerita salah seorang anggotanya iaitu Syaiful yang ketika sebelum final memberitahu bakal berkahwin dengan tunangnya selepas MLM 2014 namun setelah muncul juara tidak jadi kahwin pula.

Ramai peminat yang #kecewa dengan berita penangguhan perkahwinan itu. Malah tak kurang yang menganggap Syaiful sengaja menggunakan cerita perkahwinannya untuk menagih simpati.

Lagi menyedihkan apabila# ada desas-desus pertunangan Syaiful telah terputus di tengah jalan. Apa lagi, pelbagai kritikan dan tombahan yang dilemparkan kepada Syaiful.

Mungkin tidak mahu peminat terus salah faham dan sebagainya, Syaiful akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menurutnya, perkahwinan tersebut ditangguhkan kerana menunggu duit kemenangan MLM 2014.




“Saya tangguh kerana menunggu duit kemenang#an berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami. Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat duit, saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya. Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang. Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tidak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga.”

Hmmm.. Itu antara luahan Syaiful berhubung isu berkenaan. Rasanya ramai sudah salah faham. Yalah, bila menang bukannya terus dapat duit. Benar, sudah tentu Syaiful dan tunangnya sudah rancang nikah.

Tapi mungkin bila memang dan berkemampuan ni me#reka merancang untuk mengadakan majlis yang lebih meriah sikit. Kot-kot untuk meraikan peminat Zero juga. Sama-samalah kita doakan.



Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved