ONEXOX
BannerFans.com

Media Prima Nafikan Lelaki Hina Polis Pekerjanya

on Sunday, February 8, 2015



Kuala Lumpur – Media Prima Berhad hari ini memaklumkan bahawa individu yang membuat kenyataan menghina pihak Po#lis Diraja Malaysia (PDRM) melalui media sosial pada 6 Februari 2015 bukan dan tidak pernah berkhidmat sebagai kakitangan Media Prima atau mana-mana anak syarikat Kumpulan.

Hasil daripada siasatan dalaman yang telah dilaksanakan, individu tersebut sebelum ini pernah menjadi kontraktor bagi salah satu program namun kontrak beliau telah tamat sejak 30 Januari 2015.

“Media Prima ingin menegaskan ba#hawa kenyataan-kenyataan individu tersebut tidak dalam apa-apa cara menggambarkan pendirian Media Prima serta tidak mewakili nilai-nilai warga kerja Kumpulan.

“Media Prima telah dan akan sentiasa menghargai sumbangan anggota PDRM dan ingin menyatakan sokongan penuh kepada pasukan polis melalui semua platform media Kumpulan” menurut kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV.




Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan# Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan menyerahkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung siasatan terhadap individu yang menggelar polis sebagai anjing selepas disaman atas kesalahan lalu-lintas.

Ketika dihubungi Khalid memberitahu, perbuatan menghina polis tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Berhati-hatilah kita bila kita mahu men#ggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit,” katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved