Sekumpulan tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara ketika ini sedang berusaha mengadap Sultan Selangor untuk memohon pengam#punan bagi Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya Sharibuu.
Mereka dikatakan berbuat demikian atas dasar tanggungjawab serta perikemanusiaan kerana berasakan Azilah dan Sirul tidak seharusnya dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.
Selain tiada motif yang jelas dikenalpasti #mengapa mereka melakukan tindakan itu, pembunuhan itu juga dipercayai dilakukan kerana mengikut arahan semata-mata.
Sehubungan itu, tokoh-tokoh berpengaruh itu ingin memohon jasa baik Sultan Selangor agar mempertimbangkan pengampu#nan kedua-dua anggota polis itu daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup saja.
Sekiranya pengampunan kepada hukuman penjara seumur hidup itu diperkenankan oleh Sultan Selangor, bermakna Azilah dan Sirul hanya perlu me#njadi hukuman penjara sehingga mereka berusia 55 tahun tahun saja.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment