Sikap pentingkan diri dan sikap yang suka mengambil 'jalan mudah' untuk menyelesaikan masalah diri sehingga menyusahkan orang lain kerap kali terjadi dan diamalkan oleh masya#rakat kita.
Entah apa yang bermain di fikiran golongan seperti ini.
Terbaru, seorang lelaki berang dengan tindakan pemilik Perodua Kenari, nombor pendaftaran WML 7140 yang s#elamba meletakkan kereta di hadapan pagar rumahnya.
Akibatnya, ibu kepada lelaki itu tidak dapat mengerjakan solat subuh di surau dan terpaksa berjalan kaki.
"Pastikan park kereta di rumah sendi#ri, bukan di depan rumah orang dan menyusahkan tuan rumah.
"Awak telah menyusahkan ibu saya. Kerana awak, dia tak dapat ke surau untuk beribadah," katanya.
Sebagai balasan, lelaki itu meleta#kkan beberapa pasu bunga di belakang kereta itu.
Sikap sesetengah masyarakat kita #amat gemar mengambil jalan mudah dan jika boleh, semua nak letak kereta mereka dekat pintu masuk rumah/bangunan sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment