ONEXOX
BannerFans.com

TAK TAHAN DIBOIKOT, AKHIRNYA PENIAGA CINA BERSUARA

on Thursday, February 5, 2015


Gambar hiasan

Setelah puas diboikot dan menerima kritikan negatif dari pengguna, akhirnya peniaga cina bersuara tetapi dalam na#da yang berbeza.

Presiden Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Lim Kok Cheong berkata, peniaga cina tidak akan menurunkan harga barang selagi pengusaha industri pengangkutan tidak menurunkan harga perkhidmatan mereka.

Menurutnya, tarif elektrik yang tin#ggi dan tidak turun walaupun harga minyak turun juga telah menyebabkan para peniaga tidak dapat menurunkan harga barang.

"Kerajaan menyalahkan peniaga atas inflasi yang berlaku, tetapi hakikatnya penawaran adalah melebihi permintaan pada masa ini. Peniaga juga tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap pasaran," katanya.




Jelasnya, pada separuh penggal pertama# tahun 2014, kerajaan telah menaikkan tarif elektrik sebanyak 16%.

Bagaimanapun, kerajaan tidak menurunkan tarif elektrik pada ketika harga gas asli, minyak mentah dan arang menjunam pada separuh penggal kedua 2014 sekali gus membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaut keuntungan besar.

"Kerajaan perlu menurunkan tarif elektrik dengan segera, dengan ini sahaja dapat menurunkan kos operasi. Sektor pembuatan, per#khidmatan dan makanan juga akan menurunkan harga jualan produk selepas itu," katanya.

Pengusaha pengangkutan pada masa yang sama juga perlu menurunkan bayaran yang dikenakan.

"Dengan ini, harga minyak yang rendah pada mas#a ini dapat menyumbang kepada penurunan harga barang," katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved