ONEXOX

Tegar Kembali Mengemis Passport Dan Wang Dilarikan Pengurus

on Thursday, February 19, 2015




Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehin#gga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan.

Umpama terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut naga, Tegar yang pernah ditipu pengurus lamanya, sekali lagi diperlakukan demikian, tetapi oleh pengurus baru dikenali sebagai 'A'.

Menurut sumber yang juga be#kas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

“Disebabkan itu Tegar tidak bo#leh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Sing#apura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.




“Ibu Tegar pernah beritahu kepa#da salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.

“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.

Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelih#atan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar  penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.

“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibe#narkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya #orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved