ONEXOX
BannerFans.com

Sepasang Pengantin Bernikah Di Hospital Jempol

on Thursday, February 19, 2015




BANDAR SERI JEMPOL – Sepasang pengantin terpaksa dinikahkan di Hospital Jempol di sini, hari ini, apabila jurun#ikah dimasukkan ke hospital itu.

Rosli Abu Bakar, 51, dan pasangannya, Maznah Ismail, 36, yang sepatutnya bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Jempol di sini, terkejut apabila diminta pergi ke hospital kerana jurunikah yang juga Pegawai Agama Islam daerah, Muzahar Mohd Deli, dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman sejak Isnin lalu.




Muzahar berkata, walaupun tidak sihat, di#a perlu menjalankan tugas kerana tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menikahkan pengantin baru di wad hospital sejak menjadi jurunikah kira-kira 21 tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahan kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Rosli yang berniaga di pasar malam pula bers#yukur kerana walaupun bernikah di hospital, majlis itu berlangsung dengan lancar.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved