ONEXOX
BannerFans.com

13 PENDUDUK KRITIKAL SELEPAS MAKAN DAGING ANJING GILA

on Sunday, March 15, 2015



MANILA - Seramai 13 orang terpaksa diberikan rawatan segera selepas didapati memakan daging seekor an#jing yang didiagnosis penyakit 'anjing gila', lapor pegawai kesihatan Filipina.

Pakar perubatan haiwan kerajaan tempatan, Mario Arriola berkata, penemuan itu mendapati empat dewasa dan sembilan kanak-kanak memakan daging anjing yang dijangkiti penyakit itu selepas satu pemeriksaan dibuat terhadap satu kes disyaki 'anjing gila' di pinggir bandar Zamboanga.

Arriola memberitahu AFP ba#hawa anjing berkenaan mati pada minggu lalu tanpa diketahui punca kematiannya.

"Kita pergi ke lokasi untuk menyiasat sekiranya ia (anjing) ada menggigit haiwan lain. Kita telah menghantar sampel ke makmal untuk melakukan ujian," katanya.

Hanya selepas pemeriksaan dibuat baharu mereka mendapati anjing tersebut menghidap penyakit 'anjing g#ila' dan difahamkan dagingnya telah dimakan oleh beberapa penduduk tempatan.




"Kami diberitahu terdapat penduduk tempatan yang memakan anjing yang dijangkiti dengan penyakit itu. Mereka tidak tahu anjing berkenaan menghidap penyakit 'anjing gila'. Malangnya, beberapa kanak-kanak turut memakan daging anjing tersebut," katanya.

Jabatan kesihatan tempatan di Za#mboanga memberikan empat suntikan anti 'anjing gila' kepada mereka yang memakan daging tersebut bagi memastikan tiada jangkitan berlaku.

Arriola berkata, mereka diarahkan untuk bertindak segera sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani kes kematian manusia akibat penyakit 'anjing gila'.

Beliau berkata, pada 2014 direkodk#an kes yang pertama dalam sejarah Filipina, namun tiada kematian akibat jangkitan penyakit berkenaan.

Walaupun menjual anjing untuk dijadikan makanan diharamkan di Filipina, tetapi daging anjing masih popul#ar dijadikan sebagai hidangan di sesetengah tempat di negara itu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved