ONEXOX
BannerFans.com

RON97 TETAP DIKENAKAN GST 6%

on Sunday, March 15, 2015



PUTRAJAYA - Kerajaan pusat setakat ini tidak merancang untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan ke atas harga jualan runcit Petrol RON97 seperti yang tel#ah diumumkan dalam bajet tahunan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pengguna bagaimanapun masih mempunyai pilihan alternatif yang l#ain dengan menggunakan petrol RON95 yang tidak dikenakan GST, sebaliknya hanya dikenakan cukai secara pukal seperti diesel.




"Kita ada pilihan, kerana ada alternatif RON95. Sebab, RON 95 tidak dikenakan GST," katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana M#enteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST mulai April tidak akan membabitkan RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved