ONEXOX
BannerFans.com

Apakah Motif Lindsay Lohan Memuat Naik Ayat Al-Quran Di Instagram?

on Thursday, March 5, 2015



Nama Lindsay Lohan memang senantiasa dikaitkan dengan kontroversi tambah-tambah lagi dengan tingkah laku `nakalnya` yang m#enjadikan dia antara `bad girl` dalam industri hiburan Amerika.

Dan baru-baru ini, Lindsay Lohan sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran di laman Instagram miliknya.



Dalam foto yang dimuat naik aktr#es dan penyanyi itu, Lohan telah meletakkan ayat dari Surah Taha ayat ke 114 yang bermaksud: “Ya Tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku”. Ianya kemudian ditambah dengan ayat yang bermaksud: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat”.





Tindakan bekas pelakon The Parent Traps yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah itu sekaligus menimbulkan pers#oalan dalam kalangan peminat maksud di sebalik tindakan Lohan memuat naik gambar tersebut.



Ini ditambah lagi dengan perbuatan Lohan beberapa minggu lalu, di mana dia mengundang spekulasi ramai ekoran memuatnaik foto yang me#maparkan dia seakan bertudung.

Reaksi peminat juga berbeza-beza berhubung tindakan Lohan ini, ada di antara mereka teruja dan gembira sekiranya Lindsay mendalami Islam dan mahu melihat bintang berusia 28 tahun itu menjadi muslimah.

Tidak kurang juga yang berpendapat Lohan se#perti mempersenda ayat Al-Quran yang disanjung umat Islam.

Namun jika dikira secara rasional, tidak ada salahnya Lohan memuat naik ayat itu kerana tulisan ayat dalam berbahasa arab disifatkan suatu bahasa sejagat.

Namun setakat ini, hanya Lohan saja yang t#ahu apa motif dan tujuan sebenar dia memuatnaik foto tersebut.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved