ONEXOX
BannerFans.com

ASTAGHFIRULLAHALADZIM, SEBUAH TADIKA DI ALOR SETAR DIKESAN AJAR MURID HINA NABI

on Monday, March 16, 2015


Gambar hiasan

ALOR SETAR - Sebuah tadika yang beroperasi semenjak dua tahun lalu di pusat bandar ini didapati mengajar m#uridnya menghina Nabi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS), Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi yang menjelaskan murid terbabit tidak tahu apa-apa kerana hanya mengikut apa yang diajar oleh guru tadika berkenaan.

Perkara itu mendapat perhatian war#is murid yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai pembelajaran di tadika itu.

"Kaedah yang digunakan guru tadika itu memang bijak. Mereka pandai ajar murid-murid lagu nasyid, puji Nabi, Allah dan sebagainya. Malah mereka (murid) mempraktikkan semula apa yang dipelajari di rumah. Tetapi di sebalik pujian itu ada cercaan terhadap Nabi," katanya.

Menurut Abd Aziz, tindakan guru te#rbabit dipercayai ada kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah dalam kalangan kanak-kanak.





"Pada saya, ini adalah suatu tindakan yang terancang. Mereka menyasarkan golongan kanak-kanak untuk tujuan jangka panjang. Saya nasihatkan waris supaya segera keluarkan anak mereka dari situ. Banyak lagi tadika lain yang boleh dipercayai," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Kol#ej Universiti Insaniah (KUIN) turut mengesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan tadika berkenaan termasuklah tenaga pengajarnya.

Tinjauan wartawan Sinar Harian di tadika berkenaan mendapati ramai yang berkunjung ke situ. Juga kelihatan beberapa kereta mewah berada di persekitaran tadika berkenaan yang dipercayai milik pengurusan tadika.

Beberapa waris murid yang ditemui jug#a ada memaklumkan kecurigaan mereka terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru tadika berkenaan.

"Kami tidak tahu apa yang guru ajar kepada mereka, tetapi apabila balik ke rumah anak-anak selalu menyanyi lagu nasyid. Adakalanya terdengar seolah-olah ada penghinaan terhadap Nabi namun kami tidak pasti akan kesahihannya.

Difahamkan, tadika berkenaan beropera#si dari Isnin ke Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga  1 petang yang hanya menerima kanak-kanak berumur 3 tahun sehingga 6 tahun.

Selain pendedahan mengenai agama Islam, murid juga turut diajar bahasa melayu dan inggeris. Bayarannya pula mengikut pakej pengajian serendah RM100 sehingga RM800 sebulan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved