ONEXOX
BannerFans.com

Bayi Melecur Selepas Diberi Susu Panas Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak

on Thursday, March 26, 2015



RAWANG: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan melecur di bibir , leher san pipi se#lepas diberi susu panas oleh pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian ini, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang di sini.

Bayi tersebut te#lah dihantar oleh ibunya ke taska tersebut yang terletak di Rawang pada pagi semalam.

"Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.

"Berdasarkan siasatan awal, kej#adian melecur itu berlaku pada jam 4 petang semalam. Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang," katanya.

Bayi tersebut sekarang dirawat di Hopital Selayang dan dilaporkan stabil. Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar tentang kejadian tersebut.

"Setakat ini belum ada tangkapan dil#akukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Susulan itu pihak polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved